Fungsi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab membantu Naib Canselor dalam menentukan objektif dan hala tuju kegiatan akademik Universiti dan memberi kepimpinan untuk merealisasikannya.

FUNGSI UTAMA

  1. Merancang program akademik ke arah melahirkan pelajar yang berdikari yang dapat memenuhikeperluan profesional dan pasaran kerja.
  2. Menentukan program kurikulum universiti dengan memberikan penekanan kepada pendidikan umum dan bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.
  3. Menentukan dasar kemasukan pelajar selaras dengan matlamat universiti. 
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni untuk melahirkan graduan yang cemerlang.
  5. Menyediakan sumber-sumber pembelajaran yang mencukupi.
  6. Merancang keperluan staf akademik dengan memantau aspek peluang kenaikan pangkat, mobiliti, latihan/pembangunan dan penilaian prestasi staf akademik.
  7. Mempromosi dan meningkatkan kerjasama yang sedia ada dengan universiti-universiti luar negara.
  8. Memperkukuhkan jalinan hubungan kerjasama yang sedia ada dengan universiti-universiti luar negara.
  9. Meneroka peluang-peluang mendapatkan kepakaran teknikal dan sokongan untuk pembangunan latihan kakitangan akademik.
  10. Mewujudkan peluang yang lebih luas khususnya untuk mobiliti pelajar dengan unuversiti luar negara.
  11. Berusaha untuk menonjolkan kemudahan dan personaliti yang ada di universiti untuk menjadi rujukan universiti-universiti luar negara.
  12. Meningkatkan peluang-peluang untuk memungkinkan tenaga manusia yang berkaliber dalam universiti sebagai pemimpin badab-badan tertentu di peringkat antarabangsa.
  13. Berusaha menjadikan universiti yang diwakilinya sebagai pusat kecemerlangan yang akan menjadi tarikan kepada calon-calon pelajar dari luar negara untuk meneruskan pengajian mereka.
  14. Membantu melaksanakan strategi pengantarabangsaan dengan membina hubungan baik universiti dengan badan, persatuan, agensi dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.
  15. Menilai keberkesanan program-program pengantarabangsaan dari semasa ke semasa.
  16. Bertanggungjawab terhadap pelantikan Profesor madya, pensyarah,Guru dan Pengajar.
  17. Menimbang permohonan cuti belajar, cuti sabatikal dan cuti persidangan dan cuti-cuti lain yang berkenaan.