Welcome to Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International), Universiti Sultan Zainal Abidin

Inquiries?

09-668 8414

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Pengenalan

Peranan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bukan sahaja sekadar mempromosikan kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti, tetapi juga berperanan dalam memperluaskan skop dan aktiviti pengantarabangsaan melalui pelbagai pendekatan.

Di peringkat global, UniSZA berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi seperti di benua Asia, Afrika, Eropah Amerika Selatan, Amerika Utara, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA). Pelbagai aktiviti kerjasama akademik telah dijalankan seperti program mobiliti inbound dan outbound serta pertukaran pelajar dan pensyarah.

Program Mobiliti Akademik inbound dan outbound memberi peluang kepada pelajar menjalani aktiviti pembelajaran di institusi/organisasi Hos selain daripada istitusi/organisasi Induk. Pendedahan kepada persekitaran yang baru dapat memperluaskan interaksi sosial dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka sehingga dapat melahirkan graduan yang berwibawa dan pemangkin kea rah kesejahteraan kepada bangsa dan negara.

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8485
  09-668 7889
  ptncaa@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Location

Follow Us