Aluan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

bismillah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah s.w.t atas segala nikmat dan kurniaan terhadap hambaNya.

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA. Laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi utama serta aktiviti yang dilaksanakan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab dalam pengurusan Akademik yang merupakan nadi utama universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cemerlang secara holistik dan seimbang dalam segenap aspek. Bagi aspek pengantarabangsaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab bagi perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa dan mengangkat keterlihatan UniSZA di peringkat antarabangsa.

Saya berharap laman web ini dapat menjadi sumber rujukan berguna untuk semua pengunjung. Segala pandangan dan maklum balas amat dialu-alukan bagi memastikan laman web ini menjadi satu platform penyaluran maklumat yang berkualiti dan berinformasi.

Sekian, terima kasih.

‘ILMU DEMI FAEDAH INSAN’

PROF. DR. ZUHAIRAH ARIFF BINTI ABDUL GHADAS
TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)