Welcome to Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International), Universiti Sultan Zainal Abidin

Inquiries?

09-668 8414

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PENYERAHAN KOMPUTER RIBA OLEH YAYASAN TUN ABDUL HAMID

Yayasan Tun Abdul Hamid Santuni Pelajar B40 UniSZA, 12 Komputer Riba Disumbangkan
 
Selasa, 11 Julai 2023 - UniSZA melalui Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Yayasan Tun Abdul Hamid bagi sesi perbincangan kerjasama antara kedua belah pihak.
 
Melalui kunjungan tersebut juga, Yayasan Tun Abdul Hamid yang diwakili oleh Dr. Rethish Raghu, Ahli Lembaga Pengarah dan En. Feisal bin Azizuddin yang merupakan waris keluarga Almarhum Tun Dato' Seri Abdul Hamid Omar telah menyampaikan sumbangan berupa komputer riba kepada 12 orang pelajar FUHA dalam kumpulan B40.
 
Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas ,Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Nazli bin Ismail@Nawang, Dekan FUHA bersama pengurusan fakulti yang lain. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke FUHA bagi melihat dan meninjau fasiliti yang disediakan kepada pelajar.
 
Terima kasih atas sumbangan dan kunjungan daripada rakan strategik UniSZA. Semoga pelajar UniSZA akan terus cemerlang dengan inisiatif ini.

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8485
  09-668 7889
  ptncaa@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Location

Follow Us